Friday, 7 June 2013

manisnya cinta STEVIA

assalamualaikum... alhamdulillahh cita-cita dari sem5 kerana mengendalikan satu projek kos biologi.Fisha sebenarnya mengambil eksperimen algae tetapi kawan fisha la yang membuka mata fisha iaitu rozana, syuhada dan wani menceritakan tentang pokok stevia kepada fisha. Semakin hari semakin berjaya direalisasikan. Mungkin fisha akan ikut je langkah demi langkah yang ALLAH tentukan kepada fisha. ohh terlupa pula cita-cita yang fisha impikan ialah menukarkan gula yang membuatkan ramai manusia menghidap diabetes dekat malaysia ni dan tanam pokok stevia ni dekat setiap RAY.
.
BAHAN UTAMA STEVIA

stevioside dan rebaudioside. dan kedua-dua bahan ini mempunyai banyak kelebihan, ia bebas kalori dan memepunyai rasa manis yang tinggi berbanding dengan gula. Steviosida( glikosida) dan Rebaudioside-A telah dibuktikan oleh syarikat StebianA98 yang stevia mempunyai 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula. 

KELEBIHAN STEVIA
stevia adalah bebas kalori, tidak ada toksik, karbohidrat sifar dan memberi manfaat kepada masalah kencing manis,obesiti, tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah yang tinggi atau rendah (hypo and hyperglycemia). Ia semula jadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine.

terima kasih pada kawan2 volunteer TFTN kuantan terutamanya FATIN,AZMAN,NAIM dan FAIZ yang teman fisha mencari pokok stevia. Terima kasih juga kepada MISS ASMIDAR yang mendengar dan menyokong cita-cita fisha. teringat kenangan dalam kereta miss.. :) semoga الله balas jasa kalian dan 7 /6 /2013 dah tanam empat  tunas baru  :)

pokok yang fisha beli... hee :)
thanx fatin :) 

misi mencari stevia :)