Assalamualaikum... wbt... hai pembaca :)
Alhamdulillahh syukur kepada ALLAH swt.. ALLAH menolong kami
mencapai hasrat dan impian adik2 ray insyirah untuk pergi MELAKA.. for the
first time adik2 ni keluar jalan2 dari rumah dan kuantan, sedih kan?? kita yang
masih berkemampuan kecil2 lagi da pergi merata2 tempat. Tapi bukan untuk adik2
ni. Kita sebagai khalifah ALLAH yang berkemampuan haruslah bantu adik2 ni.
sebenarnya kami nak bawa adik2 ke melaka 22&23/6 tetapi ALLAH cepatkan kehendak
mereka jadi kami pergi 26-28/5. Di rumah permata al-insyirah kami menyediakan
peraturan iaitu yang pertama simbol ''peace'' untuk senyap dan fokus dan peraturan
kedua apa yang fasi2,ustaz2 dan umi kata mereka mesti ikut. Kami bertolak pukul
12.20pagi dan sampai pukul 4.55 pagi di masjid al-azim Melaka. Selepas bersihkan
diri dan solat kami pergi ke muzium dan kota A. famosa.
 |
adik2 diberi buku untuk mencatat disekitar melaka nanti :)
adik2 diberi kumpulan.. ni kumpulan 3 |
selepas diberi kumpulan, dan jam menunjukkan pukul 8.30 pagi dan muzium2 berbayar tidak buka lagi kaki kami pun melangkah ke bangunan merah dan kota A.Famosa.
 |
bergambar didepan tugu victoria regina :)
|
Setelah berasa puas melihat bangunan2 merah disekitar bandar hilir ini. Kami pun melangkah ke muzium pengangkutan Melaka. Kami mengambil masa 5 minit untuk pergi ke muzium pengangkutan Melaka disitu terdapat kereta api, kapal terbang dan pengangkutan penerbangan awam Malaysia barat.
 |
tengoklah tu tak lekang senyuman dimuka adik2 n fasi2 |
 |
anis: kakak mira jangan pergi tunggu adik..wuwuwu
kakak mira: adik ni kakak nak bagi buku jela.. :P |
 |
kumpulan 1, 2, dan 3 :) weee~ comel2 kan??
|
ok.. da penat dekat muzium pengangkutan melaka, kami pergi ke kota santiago hanya mengambil masa 5minit juga. Adik2 macam ada tenaga luar biasa yang tidak pernah kenal erti letih tapi mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Pada waktu ini mungkin di catatan buku adik2 mempunyai 20 nama tempat dan benda2 disekelilingnya sampaikan ''tong sampah'' pun dicatatnya. Perkara kecil inilah membuatkan tak kering gusi melihat keletah adik2. MashaALLAH!! :)
 |
adik2: mari kita tembak musuh kita..
kak amaani: jangan tembak akak ==’
|
 |
mari kita tembak camerawoman kita dengan senyuman :) |
 |
kak ija peace sikit dalam kota santiago |
 |
ok2 ambil gambar dulu sebelum ke makam belanda. Tinggi tau tangga tu nanti :) |
 |
tengoklah mashaALLAH punya la tinggi tangga tu... adik2 da mengeluh penat tapi fasi2 dapat tenangkan adik2 :)
|
adik2 dah mengeluh penat. adik yang fisha jaga iaitu amira dan fazlin pun dah mengeluh dan mencari air untuk diminum alhamdulillah sebelum ke makam belanda ada pakcik yang menjual air memberi harga murah kerana pakcik ni juga inginkan saham diakhirat.. semoga ALLAH saja yang menbalas hati baik pakcik :)
 |
abg chik: ok rehat di sini ye adik2 :) |
 |
akak ada: adik2 boleh mencatat apa2 yang berada disini tapi jangan tulis ayat2 yang pelik2 tu ==' |
 |
di penjara bawah tanah
adik fatihah: tunggu jangan baling duit dalam penjara tu.. |
adik2 dah mengadu nak naik manara taming sari tapi masa itu jam menunjukkan baru 9.15 pagi. Menara taming sari buka pukul 9.30 pagi, Kak ija memberi cadangan kita pergi ke muzium dunia melayu dunia islam kerana tidak ingin membuang masa 15 minit begitu sahaja. Pada waktu ini adik2 sudah mencatat 50 nama tempat, dengan menggunakan teknik khalifah fisha kata kepada adik amira ''wahh adik amira, ALLAH suka bila adik menulis" terus senyuman diberikan kepada fisha.
 |
kenapa pulak dah kakak fisha ni?? letih sampai duduk kat tiang kubur je ok kuburnya tiada... hehehe |
 |
adik nora dan fatin : kak fisha cepat ambil gambar kami.. :) |
 |
faiz: iyahh beratnya la benda ni.. mandi peluh aku... |
 |
faiz dan azman: adik2 dan fasi2 ini adalah menara apa?? ok sila catat ye... |
kak ija kata kepada kami ''ok dah jam pukul 10 pagi jom kita pergi ke menara taming sari kalau tidak beratur panjang la jawabnya''. Adik2 dah mula gembira apabila kita mahu ke sana.
 |
didepan menara taming sari.. weee~ |
 |
kesiannya adik balqis.. sampai tertidur menunggu... |
 |
pandangan dari atas menara taming sari |
 |
ok ni la laut selat yang pedagang2 dulu datang singgah sementara tunggu angin monsun hilang |
 |
adik noraini: gayat la abg chik..
kak fisha: ok jom kita bergambar |
 |
ok2 jom buat peace sikit :) |
semasa menghilangkan lelah dan dahaga di taming sari, kami ditimpa 1 tragedi iaitu adik anis tiba2 berdarah hidungnya abang naim selaku fasi yang menjaga anis berasa risau tetapi alhamdulillah dengan teknik yang betul abang naim, darah dari hidung adik anis berhenti dan kami meneruskan destinasi seterusnya ke muzium melayu dan muzium dunia islam balik semula kerana adik2 ingin menaiki beca dan pameran iron man,star wars dan watak2 kartun hollywood lain.
 |
adik nora bersama kad huruf k |
 |
lukisan sebenar daripada hollywood |
 |
adik2 dan fasi2 bersama transformers |
 |
abang faiz: ok ni komik apa ni dik?? |
 |
kak fisha buat apa dekat patung joker tu?? |
 |
abang faiz: adik hati2 tau abang beca ni bawak laju :P |
selepas makan tengahari dan menghilangkan penat di depan muzium kartun hollywood, kami teruskan destinasi ke Malacca River Cruise. Adik paling teruja sekali melihat sekitar sungai melaka, pemandangan yang tidak ada di kuantan begitu mengujakan kami semua mana tidaknya kami dapat lihat biawak yang besar.
 |
subhanaALLAH cantiknya pemandangan di sini... |
 |
amira dan anis :) |
 |
kreatif kan orang melaka?? bangunan yang terbiar dilukis :)
|
selepas ke Malacca River Cruise kami ke muzium kastam untuk melihat barang2 yang dirampas oleh kastam dan barang lama yang dimiliki oleh pihak kastam untuk ke sana kami mengambil masa 3 minit sahaja cepat bukan?? masa ni pun bateri dan tenaga tuan kamera pun da sikit nak ambil gambar. Maaf ya sikit je.. :)
 |
dacing zaman dahulu untuk berjual beli |
 |
jam untuk solat digunakan dalam kapal kastam |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.