Saturday, 13 September 2014

cara pakai tudung tutup dada & labuh :) #secondtutorialtudungpica tutorial


Assalamualaikum & hai2 ^^


Pica paling suka tudung bawal.. memang dari dulu sampai la sekarang and then memang harga sekarang rm5 je dah boleh beli.. kalau kat tempat pica belajar kat dataran cendekia rm5 tu dapat da tudung bawal pelbagai warna rm5 je uoolls.. then... pelbagai cara boleh pakai..

biasala time2 cuti sem pica tak kerja hanya buat bisnes online jual sabun marine essence & produk hi-o je la. Ada la masa terluang then terpikir cara baru nak pakai tudung bawal yang labuh. yang ni korang kena pakai inner sebab nipis sikit la tapi boleh je pakai tanpa inner. tapi sekarang ada yang tak nipis tak yah pakai inner pon boleh macam bawal saree tu. pelbagai bawal la kerapu la jerung la.. apa aku merepek ni..haiyaaa..?? hahaha.. dah2 stop2 jual kerepek..

okkkkkk.. jom2 kita wat cara tudung cam gini tutup daagu dan labuh boleh bawa solat k!


 

korang boleh tengok kat youtube jugak ye sayang2 kawan2 sekalian



http://youtu.be/gfG7gSH8QC0


jom2 start :)

1:


first mestila pinkan tudung sebelah pendek sebelah panjang
2:
ok lipatkan sikit bagi comey gitu.. hikhik
3:  
yang panjang naikkan keatas k pastu masa ni boleh tutup dagu
4:
pinkan ye kawan2
5:
dia labuh belah tepi then korang naik2kan sikit jadi nampak berombak 
6:
korang pinkan dua2 belah tau :)
7:


kemaskan dua2 belah :)
8:


peace sikit muslimah luar sana :) boleh bawak solat sebab labuh dan tutup dagu :)

ni dengan customer beli marine essence


dari tepi :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



selalu orang akan tanya pica pasal camne jaga kulit?? nampak cantik even tak pakai make up tebal.. sebab dorang tau pica tak suka pakai makeup p keluar bedak setepek gincu secalit.. hehe rahsianya marine essence...

korang boleh try test ok tak ikut kulit muka korang.. setakat ni feedback positif and selalu repeat order.. :) ALHAMDULILLAH :)











Tuesday, 2 September 2014

Merdeka57

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA
HAPPY BIRTHDAY P.I.C.A
Assalamualaikum and hyep2 :)

merdeka!!!! yeahhh dah merdeka ke kita??

merdeka kah kita dari segi percakapan? perbuatan? hati? iman?

kalau bercakap menyakitkan hati orang sudah merdekakah kita?

kalau perbuatan yang merosakkan bangsa dan tanah air sudah merdekakah kita?

kalau hati asyik berdengki sudah merdekakah kita?

merdekakah kita?? tepukk dada la beb~

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

okay2... cukup semangat tak pica?? hikhik

nak cerita sikit ni.. pica bila birthday?? ehhh tetibe soalan gitu lak..

ehh2.. kita lahir 31.ogos.1992..

nak ceghita la ni.. awak2 tau tak pica nak ucap thanks a lot to my mum HALIDAH BINTI SAHAT and to my sister KHAIRUNNISA BINTI ABDUL RAHMAN telah berjaya membuat satu birthday party kecil kecilan.. thanks a lot.. muah2 gitu~

kakak buat nasi ayam and mama beli kek dan pica?? pica tambah buat koktail awesome gitu..heee~

koktail kastard pica dengan nasi ayam kakak 10 minit je da siap?? rahsianya?? tanya kakak


cheese cake mama :)

  
with isyraf tema birthday party :)
isyraf: comel tak saia??







Friday, 8 August 2014

hikmah disebalik orang yang membenci ??

ASSALAMUALAIKUM n HAI2 awak-awak semua :)

dah laama menyepi..hehe nape ni?? arghhhhh i kumpul kekuatan strengthhhh..

strengthhhhhh!!!

dah kenapa ni... urmmm nak habaq pasal kawan pica sorang ni haa.. pica da jual produk ni dah lama tapi dia tetibe je block pica. dah kenapa kau?? urm... just keep calm je la.. jealouss?? i tak kisah.. kawan biar beribu bercinta biar satu.. ewah2

TAPI... i cari kekuatan nak jualll marine essence n produk hi-o...

ingat matlamat nak jadikan mama CDM...(cristal diamond manager)

pica nak recomend sikit pasal produk pica guna untuk muka ni..

pica pakai da setahun lebihhh dan i suka.. sebab bila time period memang akan datang jelawat seketul dua dimuka urghhh... sape suka ada jerawat angkat tangan??? krik..krik..krik.. macam tak de je..??

nak terangkan sikit apa la ingredient dia meh2 sini nak haabaq

raya 1 raya 2 raya 3 rayaraya
Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)

- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.


Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

alhamdulillah ni mukaa i yang tak edit tak 360 ye :)
dekat stokis hi-o ambil barang customer :)
*pipi ni mmg tembam :P

nak terangkan sikit pengalaman guna 
1) mula- mula pakai 2 3 hari jerawat naik??? arghhh tapi i guna je biarkann je naik.. last jerawat dah tak de
2) kulit mengelupas.. so i kata kenapa ek?? pastu i positif pakai jee lama2 licin
3) kulit i kering... pastu lama2 letak bio oil sikit then ok :)

itu perkara biasa akan berlaku dia tengah bertindak balas... dalam bahasa science it take reaction hikhik

ALHAMDULILLAH :) saya sangat berpuass hati!!!!my customer pun sangat berpuas hati :) 
main tulis-tulis orang order :)
alhamdulillah 

Ni nak selit2 testimoni dari customer :)

customer from penang




customer from selangor :)






Tuesday, 17 June 2014

NATURAL DISASTER DOCUMENTARY cute n awesome.. ehehe:)

Assalamualaikum n hai2 kawan-kawan blogger.. for my coursework we must do some documentary. i need your help to like my video that have uploaded in youtube :)

[3:120] Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mend BENCANA, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.



banjir 2013.. sungai isap.. ace teka kat mana?


bencana alam??

apa tu??

macam mana rasa??


animation quite cute?? do you want to see it??

please click this link ^_^



http://www.youtube.com/watch?v=ahXJ1KcGUzk

Tuesday, 10 June 2014

ke grooming class kita

Assalamualaikum n hai2.. lama betul x hapdate blog ni ha.. busy kemain haaa maak nenek sorang ni.. kihkihkih.. ni pica nak hapdate pasai kelas grooming pica pergi. Actually, pica nak dapatkan kupon kolej i malas nak duduk luar plus kawan2 tak nak duduk luar. so, i terpaksa rajin kan diri p kelas-kelas or program kolej mawar sediakan tajuk program tu '' macam cantik je, macam comel je". Pica yang tak macam 
pompuan sangat ni ha.. ape ke gedik sangat tajuk program ni.. hahaha.. last-last aku pergi jugak.. TAPI... 
Program ni memang best.. masa first2 pagi tu dapat breakfast memang i suka la sebab dapat makan free.. pastu.. pagi tu start pukul 8.30 camtu.. pn huda ketua program pembangunan kolej mawar memberi ceramah.. tapi ceramah dia best kearah motivasi dan membentuk keyakinan diri kita.. contohnya dia memberi tahu tentang kelebihan surah ayat seribu dinar.. pn huda ada cerita kepada kami dia menyuruh kawanya mengamalkan ayat seribu dinar untuk dapatkan zuriat.. ALHAMDULILLAH beberapa bulan selepas tu penantian selama tujuh tahun berakhir dengan kegembiraan kerana dapat baby kembar  wuuu...

selepas pn Huda talk kami diberi tips make up oleh akak wani.. akak tu kerja sebagai bankers tapi buat part time job make up artis seminggu dapat rm1500 uolls.. sebulan dah rm6000..perghh masyukk.. lepas tu ada pulak pertandingan make up.. pica kena paksa mekap.. haaa pastu i pun redha ajela muka i dimekapkan oleh kawanku mina.. 1 kumpulan ad 10 orang pastu ada 10 kumpulan.. kumpulan i dapat tempat ke 2 okay...
barang-barang makeup yang disponsor

ni la mak andam pica ek.. mina ada bakat terendam... perghh...

ok boleh tengok sebelum dan selepas dimekapkan.. hehe.. i dapat free cleanser ok..
pica dapat no 2 sebab kening tu tak dilukis dengan kemas.. kalau tak dpat no 1 da tau juri kata la.




Tuesday, 13 May 2014

antara bercakap aku pilih diam

Assalamualaikum and hai2 :)

semoga readers sihat dan ceria pica doakan :)


nak kongsi sikit beberapa kejadian yang membuatkan pica memilih berdiam daripada bercakap.


awak-awak semua pernah tak rasa?


1) aku bercakap salah.. tak bercakap salah..

2) aku dah luahkan pendapat aku.. tapi semuanya dia kata salah.. dia sorang je betul
3) aku tahu aku tak perfect jangan malukan aku depan orang.
4) aku rasa baik aku berdiam daripada terus dan terus memberi pendapat sebab kadang-kadang dia saja nak test aku!


Pica pernah rasa minggu lepas. Agak sedih jugak la. bila pendapat atau idea kita dikatakan salah tak betul.. dia semua je betul. In my opinion, i think that people can give any free idea! pendapat! kreativiti! dan sebagainya TETAPI selagi tak menyentuh hal-hal sensitiviti tak mengapa. Tahu tak zaman Rasulullah S.A.W dulu berbincang dengan sahabat-sahabatnya yang lain atau dikenali sebagai musyuwarah. Rasullullah dengar dahulu pendapat sahabat-sahabatnya sehingga selesai barulah dia menghakimi sesuatu. Zaman sekarang pun alahai


EHH!! kau jangan makan nasi lemak tu!! illuminati tau.. hai sayangku nasi lemak tu dari zaman tok nenek zaman jepun lagi tau! tok nenek dulu mana tau bab illuminati... ace tolong sikit logik sikit..



Ehh!! jangan sambut hari ibu! sebab haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.


 YA ALLAH wahai manusia kita dikurniakan logik akal boleh fikirkan.. kita ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk..

hari ibu sebenarnya boleh mengingkatkan kita tentang ibu kita tentang pengorbanannya yang tak ternilai. contohnya, seorang anak akan balik menjenguk ibunya dikampung. membeli apa yang dihajati oleh ibunya. memang doa anak soleh itu lebih terbaik dari wang ringgit.. Tetapi kalau kita bahagiakan dia tu tetap dapat pahala.. muka dia penuh ceria pun ya ALLAH pahala.. sebab syurga tu ditelapak kaki ibu..

ISLAM tu simple jangan beratkan dia... berilah contoh terbaik kepada orang bukan islam.. 

nak tanya solat kat padang boleh ke tak????



mestilah boleh.. dengan syarat padang tu bersih kan??


jadi, jangan perlekehkan pendapat orang. Fikir secara rasional,kritis dan logicnya pendapat itu barulah judge seseorang. berbaik sangkalah dengan orang..


DALAM buku negative thinking no way! ada mengatakan berbaik sangka tu benda yang mudah.  tetapi orang menyusahkan dia sehingga diri sendiri dapat dosa..


Saturday, 10 May 2014

cheesekut coklet pica yang senang :)

Assalamualaikum and hai readers :)

ok ada tak mengidam nak makan cheesekut yang senang nak buat dan paling penting murah tau bahan-bahan nak buat!

ok awak-awak lelaki dan perempuan pun boleh buat tau untuk mak... sempena hari ibu ni kan :) SELAMAT HARI IBU MAMA :) hehe..

nak tahu apa yang perlu bahan-bahan nak buat tu??

 
biskut lagi2 la penting :)

susu pekat penting!!




1) 1 kotak susu full cream
2) 1 packet cream cheese 250gram (pica pakai tantura.. apa-apa pun boleh)
3) 1 packet biskut cap apa2 pun boleh (deluxe cracker recommended)
4) 1 tin susu pekat (pica guna setengah tin susu)
5) 1 pack chocolate bar ( pica guna setengah je) letak dekat atas je :)


BAHAN-BAHAN YANG PERLU DICAMPUR (pica guna blender senang nak basuh)

1) setengah susu pekat + 1 packet cream cheese( 250 gram) + 4 sudu susu full cream = masuk dalam blender/ mixer
ok dah agak macam sebati dan rasa macam sedap lemak-lemak cukup la di mix together :)


LEPAS TU ??

OK:)
1) rendamkan biskut tapi jangan sampai lembik! ( cuma balik-balik kan sahaja ok)


2) susun biskut-biskut yang direndam dalam bekas yang besar
3) letak la bahan yang dimixer or diblender tadi atas biskut-biskut tersebut dengan lapisan yang sederhana dan diulang2 sampai banyak lapisan. sampai rasa oh mai good! dah tebal ni..

4) lepas tu letak la coklet yang dicairkan diatas lapisan cream cheese nak letak tengah ke??
atas ke?? ikut hangpa la.. ikut kreativiti masing-masing...


kalau malas??? nak isi bahan-bahan hiasan.. makan macam tu pun ok je macam ni :)

pica buat masa reunion kelas :) licin habis mereka makan...
pica suka!!!!


Tuesday, 6 May 2014

kenapa pahala di bawah telapak kaki ibu??

masa pica tengah taip ni air mata berjujuran?? opsss bercucuran la... !_! 

KENAPA??

bila cakap pasal mama.. mak..ibu..umi..mummy.. hati ni akan tersentuh..lebih-lebih lagi perempuan..
ni pica nak kongsi pasal mama pica.. i gelar dia superwoman in my world!!!

BECAUSE??

1) beliau lah bapa!!! mak!!! selepas ayah meninggal (beliau sangat kuat!) 

2) beliau boleh dibanggakan oleh pica, walaupun dia single parent but she manage control             everything.. barang dapur?? duit?? kereta?? paip bocor?? she know everything

3) dalam banyak-banyak adik beradik beliau yang paling berjaya pica pikir.. sebab berjaya           didik anak-anak beliau belajar hantar p universiti dengan hasil titik peluh dia sendiri. weyhhh     (pica tak pinjam ptptn k!)

4) bila hari weekends dialah orang pertama bagun pagi-pagi siapakan sarapan walaupun dia       tidur lewat. dan NAFISHAH!!!!! makan.. nanti perut masuk angin..pastu mula la gastrik...             aishhh.. dia tau anak dia sorang ni kurang makan..hahaha

5) beliau ajar pica selok belok perniagaan sebab beliau selalu cakap.. one day kalau boring          kerja bawah orang kita boleh kerja sendiri..boleh bukak empayar sendiri..

6) beliau tetap kuat walaupun beliau dimaki sebab dia ibu tunggal.. sebab dia janda oleh jiran-      jiran.. tapi pica tetap bagi dia semangat ALLAH tahu apa kita tak tahu mama.. Nanti mama       akan jumpa babah kat syurga nanti..

7) beliau tetap ketua dalam pekerjaan beliau walaupun anak buah dia malas buat kerja, tak           nak dengar cakap dia sebab hati beliau lembut.. Tapi... MAMA tetap sabar dan pergi kerja       macam biasa.. sebab dia pikir yang rezeki tu nak bagi anak-anak makan jadi kerja kena           berkat.

8) Beliau ada perasaan or instinct yang kuat terhadap anak-anak dia. Beliau tahu anak dia             dalam kesusahan.( pica tengah sedih and dia call tetibe) wahh menangis hakuuu!
9)
10)
.
.
.
.
 BANYAK TAHU BILA CAKAP PASAL MAMA! 

MENANGIS SEBAB ANAK DIA RINDU NI...

ya ALLAH kau panjangkan umur mama ku HALIDAH BINTI SAHAT. Kau berikanlah aku kesempatan untuk balas segala jasa-jasa dia terhadap aku..

at least impianku 

1) hantar mama pergi mekah  tunaikan haji sama / umrah sama-sama
2) pergi bercuti bersama-sama luar negara sebab dia terlalu busy.. hari-hari busy
3) buat spa sama-sama.. kecantikkan  diri.
4) tunaikan kereta impian dia
5) tunaikan design rumah impian dia
.
.
.
.
BANYAK TAHU NAK BAGI DIA GEMBIRA!!


kadang-kadang bukan tu semua yang dia nak.. tapi... dia nak kita selalu ingatkan dia.. melawat dia..
IN SHAA ALLAH.. ya ALLAH kau tetapkan hati aku untuk tetap balas jasa dia...

ALLAH kau bahagiakan dia selalu :)
ALLAH kau tempatkan dia dalam syurga engkau :)
ALLAH kau berikan kasih sayang padanya :)
ALLAH kau berikan dia apa yang dia perlu :)





Monday, 5 May 2014

aku bukan malaikat

dalam situasi ni.. pernah tak korang rasa??
apa ye nak buat?? geram nak marah??


lets... think rasionally!!!


kau tetap layan dia baik..
walaupun???
dia banyak sangat sakitkan hati orang..??

hmmm... dia manusia biasa..
kadang2 dia pun buat salah..
not perfect..

kalau dah bermusuh..
one day!
kalau kita ditimpa musibah..
hanya dia sorang je ada tempat tu
kita segankan??
so biarkan dia dengan ego amarahnya! dengan umpatannya pada kita..
sebab pahala berpaling pada kita..
smile :) biarkan.. bukan bermaksud kita dipijak2 mereka..

Thursday, 27 March 2014

tips belajar cara lelaki

Assalamualaikum.. pica nak share sikit cara belajar cara lelaki. Actually cara ni miss asmidar yang bagi tahu sekarang ni dia pensyarah kejuruteraan..

Masa belajar dulu top scorer mestilah lelaki. Kalau ada 10 top scorer, 9 lelaki dan 1 je mencelah perempuan yang masuk dalam grup tu. Bila tanya the top of top scorer apa yang dia buat, rupanya ini amalan dalam kelas yang dilakukannya:

1. Dengar dengan fokus
2. Mencatat nota dengan fokus
3. Balik rumah salin balik nota dengan fokus dan buat kemas-kemas (supaya senang rujuk semula)
4. Sebelum masuk kelas, 5 minit sebelum cikgu/pensyarah masuk, selak nota dengan fokus.
5. Berkongsi nota dan ilmu dengan kawan-kawan lain, tidak kedekut.

Errrmmm, pendek kata, fokus. Semua kerja buat dengan fokus.

Patutlah bila nak dekat hujung-hujung masuk minggu exam, dia boleh relax je goyang kaki. Dia dah habis study banyak benda.

Tip ni dikongsi dengan ramai orang. Tapi tetap juga dia yang scorer. Sebab dia je buat dan amalkan, orang lain tahu dah, tapi lepas tu buat tak tahu. 

Errrmmm, sesapa yang baru masuk sem, boleh cuba. Selamat beramal.

P/s: tak sangka lelaki pun rajin tulis nota dan kemas pula tu.

Saturday, 15 March 2014

for long time journey

ASSALAMUALAIKUMMM... N HAII ^^


hurmm banyak nak cerita.. setiap kali nak cerita je mesti....

ALAMAK assingment!

ALAMAK projek!

ALAMAK business!

ALAMAK my customer!

N don't forget to say ALHAMDULILLAH masih sempat nak berblog... yuhuuu~

ALHAMDULILLAH.. sekarang i'm further my degree.. and hope all of u pray for my long journey and perhaps every second i will protect by ALLAH :) 

ape nak cerita ni sebenarnya... owhh all malaysian must science literate...

nak pentingkan kat sini adalah! sekarang ni duk kecoh kat mana2 pasal macam2 produk... stem cell la.. mercury la... i am science student hope people in malaysia please be more on science and at least please search for information that is good for helth or not... i want to share something to uolls.. you know about stem cells??? stem cell apple?? berapa banyak ada dalam tu?? cukup kat kah nak buat berkotak-kotak and if customers want it more?? where did they find more?? what make it more?? i will answer it... EMBRYO!! janin nak jadi baby tu.. sampai hati hangpa semua makan benda tu... sampai hati makan benda yang ALLAH xbagi tu... hangpa agama ape yang makan bangkai ni?? please stop eat this product..  make sure that is not contain that kind of this things... we are islam... please :)

Sunday, 19 January 2014

banjir?? flash flood??

Assalamualaikum and hye2

ohh banjir! banjir2!

2/12/2013
masih ingat di ingatan pica hujan tak henti-henti  start hari ahad masa tu dah start hantar mama pergi untuk trip ke bangkok. Mama ada offer nak pergi tak ikut dia, tapi hati ni kenapa berat sangat nak ikut. Sebab pica rasa maybe ada waktu lain kot boleh pergi lagi kan?

3/12/2013
pagi:hujan lebat tak berhenti-henti lagi. Air dah mula naik dekat sungai isap damai. Sebab tengok wechat and        instagram kawan update gambar sungai isap damai dah banjir. Hati ni da mula tak sedap hati. Abang da        mula call suruh alihkan kereta. Tapi pikir mana la nak letakkan kat mana la kereta ni haa. hurmm. tapi da        call da semua orang yang boleh dipercayai..cah percaya la sangat kan! tapi mereka cakap kat chek              camni
       1) tak payah la esok surut la
       2) ala esok hujan behenti la
       3) fitri hilang la pulak
petang: dah start alihkan 2 2 kereta kat tempat tinggi. dah start naikkan barang tempat tinggi sorang2 !_! adikku p tolong orang lain. Call-call tak angkat. Last-last telefon samsungku yang gedabak tu jatuh dalam air.. hahaha berlari cari kipas pastu keringkan n alhamdulillah sampai sekarang ok jer tepon i tu.. tension and nangis lagi. aihh kalo isi dalam besen penuh agaknya sama macam hari hujan yang jatuh ke bumi.
ni masa air acah-acah nak tinggi depan rumah

Malam: hujan tak berhenti mak kawan pica or jiran belakang rumah makcik seri call suruh pergi kerumah dia. Sebabnya nanti kalau apa-apa emergency nanti senang dah la pica anak dara comel nanti apa-apa boleh berlaku. hikhik.. yela makcik! pica pun kemas-kemas la baju apa yang patut kan. tengah-tengah kemas blackout pulak pergh!! terkejut den. Pastu anak teruna dia sama baya dengan adikku ag jemputla pica n mengharungla air yg berwarna cokelat lagi yummy macam air tea yang ada ular,lipan,lintah dan macam2 lagi la. dan pica hanya mampu doa supaya binatang yang comel tu tak gigit la pica.fuhh alhamdulillah. dan pica pun tidurlah kat rumah makcik seri.

4/12/2013
pagi:pukul 4 pagi kami semua bangun sebab air da masuk dalam ruang tamu. Jadi, keluar lah kami mengharung air ke tempat yang selamat.haha dekat traffic light kat depan simpang rumah nak masuk rumah pica. tunggu la situ sampai pukul 7 pagi kot2 la trac tentera nak ambil kami bawak tempat yang selamat. Tapi kecewa! kami jalan kaki ke sekolah menengah paya besar untuk bermalam disitu. Air tak surutnya makin naik lagi ada. Hurmm sedih dah la sorang2 keluarga takde kat sisi.
depan traffic light. tengok la kereta belakang tu. dalam masa berapa jam je tenggelam kereta tu
pukul 5.30 pagi betul2 atas trafic light tunggu track ambil. Tapi hampa~~~~
pukul 7 pagi tunggu lagi truck! padahal selfie2 ada mengkarung comel dalam baju...hush tah bila masuk untuk dapatkan haba cehhhh..nasib baik kau mengkarung tak gigit!!! euwwww~~~ takpe dia baik..

Malam : terpaksa la tidur takde letrik n air..huarghhh.. pica ok la takde nafsu nak makan n minum hanya terkenangkan mama jauh dibangkok n adikku yang gedik itu. Tapi kesian kat sesetengah mereka yang terlupa nak ambil baju-baju lebih dan tikar untuk tidur jadi terpaksa tidur dilantai dan kaki2 lima bangunan sekolah sebab tak cukup tempat. ALHAMDULILLAH ada keluarga tu tinggalkan tikar sebab mereka nak pindah tempat lain. teka pica tidur dengan sape?? hihi dengan mak ngah sebab dia pun sorang-sorang dan juga jiran selang dua buah rumah.
mak ngah yang xde simut.. bndera malaysia pun jadi la kan?? MERDEKA!!
kesejukan kegilaan 


5/12/2013
pagi: Mak ngah ajak telefon pakngah yang tinggal dekat sungai karang. so, pica terpaksa la jalan kaki untuk keluar dari sekolah tu sebab jalan 1 hala je dan sesak gilo jalan hang tau. Jalan punya jalan dapat pula jumpa sultan pahang dan paling sedih jumpa mangsa banjir yang kehilangan ayah dan adiknya yang dibawa arus deras sedih pulak dengar cerita dia terkedu dia dan hanya pandang sayu tempat 2 orang ahli keluarga kesayangan meninggal dunia depan matanya sendiri.. waaaa.. tak sanggup aku.. tapi pica tau ALLAH dah susun semuanya.. kita kena redha lah kan?
masa ni sultan datang nak p melawat kawasan
lautan taman sepakat :)


malam: keluar pergi beli baju. haha. takde baju dah. sedihh.. tak de bantuan lansung masa ni.

6/12/2013
pagi: yeayyyy!!! ALHAMDULILLAH jumpa mama kesayangan ku dekat rumah kawan mama. Ynag best tu dapat banyak la buah tangan yang best. Tapi semua tu pandang sayu je. Walau apa pun pica sebenarnya nak MAMA je! n only mama je masa tu.. manja kn?? who cares??

petang: tengok keadaan dalam rumah. Sedih... Redha.. ALLAH PUNYA KUASA MAHA HEBAT!

dalam rumah pica.. hukhuk 
habis kereta. kena jugak dimasuki air..haiyoooo
hasil tangkapan dari banjir~ sebelah kanan rumah pica sebelah kiri jiran sebelah rumah. peace!