Tuesday, 6 May 2014

kenapa pahala di bawah telapak kaki ibu??

masa pica tengah taip ni air mata berjujuran?? opsss bercucuran la... !_! 

KENAPA??

bila cakap pasal mama.. mak..ibu..umi..mummy.. hati ni akan tersentuh..lebih-lebih lagi perempuan..
ni pica nak kongsi pasal mama pica.. i gelar dia superwoman in my world!!!

BECAUSE??

1) beliau lah bapa!!! mak!!! selepas ayah meninggal (beliau sangat kuat!) 

2) beliau boleh dibanggakan oleh pica, walaupun dia single parent but she manage control             everything.. barang dapur?? duit?? kereta?? paip bocor?? she know everything

3) dalam banyak-banyak adik beradik beliau yang paling berjaya pica pikir.. sebab berjaya           didik anak-anak beliau belajar hantar p universiti dengan hasil titik peluh dia sendiri. weyhhh     (pica tak pinjam ptptn k!)

4) bila hari weekends dialah orang pertama bagun pagi-pagi siapakan sarapan walaupun dia       tidur lewat. dan NAFISHAH!!!!! makan.. nanti perut masuk angin..pastu mula la gastrik...             aishhh.. dia tau anak dia sorang ni kurang makan..hahaha

5) beliau ajar pica selok belok perniagaan sebab beliau selalu cakap.. one day kalau boring          kerja bawah orang kita boleh kerja sendiri..boleh bukak empayar sendiri..

6) beliau tetap kuat walaupun beliau dimaki sebab dia ibu tunggal.. sebab dia janda oleh jiran-      jiran.. tapi pica tetap bagi dia semangat ALLAH tahu apa kita tak tahu mama.. Nanti mama       akan jumpa babah kat syurga nanti..

7) beliau tetap ketua dalam pekerjaan beliau walaupun anak buah dia malas buat kerja, tak           nak dengar cakap dia sebab hati beliau lembut.. Tapi... MAMA tetap sabar dan pergi kerja       macam biasa.. sebab dia pikir yang rezeki tu nak bagi anak-anak makan jadi kerja kena           berkat.

8) Beliau ada perasaan or instinct yang kuat terhadap anak-anak dia. Beliau tahu anak dia             dalam kesusahan.( pica tengah sedih and dia call tetibe) wahh menangis hakuuu!
9)
10)
.
.
.
.
 BANYAK TAHU BILA CAKAP PASAL MAMA! 

MENANGIS SEBAB ANAK DIA RINDU NI...

ya ALLAH kau panjangkan umur mama ku HALIDAH BINTI SAHAT. Kau berikanlah aku kesempatan untuk balas segala jasa-jasa dia terhadap aku..

at least impianku 

1) hantar mama pergi mekah  tunaikan haji sama / umrah sama-sama
2) pergi bercuti bersama-sama luar negara sebab dia terlalu busy.. hari-hari busy
3) buat spa sama-sama.. kecantikkan  diri.
4) tunaikan kereta impian dia
5) tunaikan design rumah impian dia
.
.
.
.
BANYAK TAHU NAK BAGI DIA GEMBIRA!!


kadang-kadang bukan tu semua yang dia nak.. tapi... dia nak kita selalu ingatkan dia.. melawat dia..
IN SHAA ALLAH.. ya ALLAH kau tetapkan hati aku untuk tetap balas jasa dia...

ALLAH kau bahagiakan dia selalu :)
ALLAH kau tempatkan dia dalam syurga engkau :)
ALLAH kau berikan kasih sayang padanya :)
ALLAH kau berikan dia apa yang dia perlu :)





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.