Thursday, 14 November 2013

tea yang boleh di minum 3 kali dan khasiat dia terbaik :)

Yerba T - Berasal dari rantau megelilingi air terjun Iguazu, Argentina


Yerba Mate merupakan tumbuhan asli dari hutan misteri Amerika Selatan. Kualiti Yerba Mate terbaik didapati di kawasan sekitar air terjun Iguazu, Argentina. Yerba T merupakan contoh Yerba Mate terbaik dari rantau itu. Mate Yerba telah digunakan sejak 400 tahun yang lalu di Argentina dan lain-lain negara Amerika Selatan. Yerba
Mate, bola sepak, tango dan barbeku dikenali sebagai empat khazanah Argentina.

Pakar-pakar perubatan di seluruh dunia telah mengakui bahawa rakyat Argentina mempunyai kualiti darah terbaik di dunia. Fenomena ini adalah disebabkan tabiat pengamalan Yerba Mate sepanjang umur mereka. Rakyat Argentina mendakwa bahawa Yerba Mate adalah minuman yang terbaik, yang boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser perut, keletihan, masalah kulit, disamping untuk melangsingkan badan dan melancarkan metabolism badan. Yerba Mate dikenalkan orang Amerika Selatan sebagai satu "anugerah dari Tuhan", " teh keajaiban ", "salad cecair", "sayur-sayuran Mate" dan lain-lain. Yerba Mate merupakan minuman harian orang Amerika Selatan dan amat tertarik pada kesan kesihatan dan khasiat lumayannya.


Fungsi utama Yerba T

1. Anti-glikasi
2. Anti-oksidan
3. Mengatasi 3 ‘T’ darah
– Tekanan darah Tinggi, gula dalam darah Tinggi dan Kolestrol Tinggi.
4. Untuk mengurang berat badan dan melangsingkan Badan
5. Untuk melegakan saraf dan mendorong tidur yang lebih berkualiti
6. Sebagai satu sumber khasiat menyeluruh


1. Anti - glikasi

Selepas dihadamkan, makanan karbohidrat (seperti nasi, roti, bijirin, jus,
polisakarida dan lain-lain) ditukar menjadi gula, diserap dan menjadi gula darah. Gula dalam darah akan bertindakbalas secara kimia dan spontan dengan protein badan untuk membentuk AGEs dalam satu proses yang dikenali sebagai glikasi.

a。 AGEs merosakkan kulit
Apabila protein kulit bertindakbalas secara beransur-ansur dengan gula dalam darah dan membentukkan AGEs yang berwarna perang, kulit akan mula menjadi gelap, hilang sifat lembut dan lutsinarnya. Akhirnya, bintik-bintik perang akan mula muncul.
kolagen dan elastin di bawah kulit membentukkan struktur rangkaian yang kukuh dan fleksibel untuk memastikan kulit kekal lembut, licin dan kenyal.
Walau bagaimanapun, apabila kolagen dan elastin (kedua-duanya adalah protein) bertindakbalas dengan gula dalam darah, mereka akan diubah menjadi AGEs, dan struktur rangkaian asal mereka akan merosot dan runtuh. Akhirnya, kulit akan hilang sifat lembut, licin dan kenyal. Sebaliknya ia menjadi kasar, lembek dan berkedut.

b。 AGEs membahayakan kesihatan

Semakin kita berumur, semakin banyak glikasi berlaku
dalam badan kita dan banyak protein akan dijadikan AGEs. Disamping itu, banyak radikal bebas juga terbentuk.
Kedua-dua AGEs dan radikal bebas akan melemahkan serta merosotkan organ badan, dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik (seperti kencing manis, demensia, insomnia, tekanan darah tinggi, masalah hormon, keletihan, dll.)

Glikasi adalah salah satu sebab utama penyakit kronik.

Kini, penyelidikan sains telah mengesahkan bahawa Yerba Mate mempunyai kesan anti-glikasi yang kuat, yang boleh menghalang pembentukan AGEs (lebih berkesan dari ubat anti-glikasi seperti aminoguanidine).
Oleh yang demikian, Yerba Mate mampu menghalang kejadian penyakit kronik.



Penyelidikan sains telah mengesahkan bahawa Yerba Mate memiliki
keupayaan anti-glikasi yang boleh menghalang pembentukan AGEs.
Tiada minuman lain, termasuk teh hijau, mempunyai kesan sedemikian.



2. Anti-oksidan

Kajian sains telah mendapati bahawa Yerba Mate mengandungi 196 jenis komponen, 52 jenis lebih daripada teh hijau (yang mengandungi hanya 144 jenis komponen sahaja), dan lebih daripada 50% komponen tersebut adalah bersifat anti-oksidan.
Sebagai antioksidan, Yerba Mate adalah jauh lebih berkuasa daripada vitamin C, dan ia adalah 3 kali lebih kuat daripada teh hijau !
Dari segi penyingkiran radikal bebas, Yerba Mate adalah 2 kali lebih kuat daripada teh hijau !
Antioksidan membantu menguatkan daya ketahanan diri untuk mencegah penuaan sel dan pertumbuhan kanser.
Antioksidan juga boleh mengurangkan insiden penyakit kardiovaskular dengan cara menghalang aterosklerosis. Ia juga dapat mengurangkan lemak dalam darah dan merendahkan tekanan darah untuk mencegah penyakit jantung dan strok.


Pada tahun 2005, penyelidikan perubatan dari Universiti Illinois, USA telah mengesahkan bahawa : Yerba Mate boleh menyekat tindakan enzim topoisomerase( yang menyebabkan kanser), justeru itu membantu menghalang penyebaran kanser mulut, tekak dan hidung.
Teh hijau tidak berkesan dalam aspek ini.


3. Untuk mengatasi 3 ‘T’ darah, iaitu tekanan darah Tinggi, gula dalam
darah Tinggi dan Kolestrol Tinggi.

Masalah 3 ‘T’ darah - Tekanan darah Tinggi, gula dalam darah Tinggi dan Kolestrol Tinggi menyebar secara meluas dalam era moden ini!
Satu kaji selidik kesihatan yang dijalankan oleh klinik perubatan telah mendapati bahawa 61% daripada orang awam mengidap sekurang-kurangnya salah satu daripada 3 masalah "T" tersebut.
Masalah kolesterol tinggi adalah lebih lazim dan serius, dan lebih ramai lelaki terjejas berbanding wanita. Oleh sebab tanda-tanda berkaitan masalah 3 "T" darah jarang ketara, maka sudah biasa bahawa masalah 3 “T” sentiasa terabai sehingga ianya adalah terlewat untuk diubati.

Yerba Mate dapat melancarkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan lemak, gula dan kolesterol yang berlebihan dalam darah.

Pada dasarnya, masalah 3 "T" darah adalah disebabkan oleh glikasi dan pengoksidaan. Oleh sebab Yerba Mate mempunyai kuasa anti-oksidan yang luar biasa kuat ( 3 kali lebih kuat daripada teh hijau ), kuasa anti-glikasi yang unik ( teh hijau tiada kesan anti-glikasi), maka Yerba Mate merupakan pilihan terbaik untuk mengatasi masalah 3 "T" darah.


Pengamalan Yerba Mate sentiasa sudah pasti akan membantu untuk mengurangkan risiko penyakit kronik dan kadar kematian yang disebabkan oleh masalah 3 "T" darah.


4. Untuk mengurangkan berat badan dan melangsingkan badan
Yerba Mate telah digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengurangkan berat badan. Ia membantu meningkatkan metabolisme badan, melambatkan pengumpulan asid laktik dalam otot, dan membolehkan lebih banyak lemak dibakar. Yerba Mate menyekat selera makan, tetapi membekalkan banyak lemak keperluan kulit. Oleh itu, pengamalan Yerba Mate sentiasa dapat membantu mengurangkan berat badan, melangsingkan badan serta mencantikkan kulit.

5. Untuk melegakan saraf dan mendorongkan tidur yang lebih berkualiti
Yerba Mate boleh meningkatkan kecergasan organ badan, mengaktifkan saraf tetapi tidak menyebabkan huru-hara pada medulla. Oleh itu, ia dapat mencergaskan otak tanpa mengganggu tidur. Malah, ia sebenarnya boleh meningkatkan kualiti tidur, memanjangkan masa tidur dalam bahagian tidur nyenyak (tidur delta).
Tidur secara nyenyak akan meningkatkan pembebasan hormon pertumbuhan, yang berfungsi bagi pemulihan badan serta pembaikan sel badan. Maka ciri unik Yerba Mate ini boleh meningkatkan kadar penyembuhan.
Yerba Mate dapat menyeimbangkan saraf pada tahap yang terbaik , maka ia dapat bereskan percanggahan antara mencergaskan otak dan membolehkan tidur nyenyak.
Oleh yang demikian, Yerba Mate merupakan minuman yang terbaik bagi kita apabila aktiviti atau kerja kita memerlukan stamina minda secara berpanjangan. Sekali lagi, aspek ini menunjukkan bahawa Yerba Mate berbeza dari mana-mana minuman lain ( seperti kopi, teh hijau, teh hitam, teh merah dan lain-lain ).


6. Menggalakkan penghadaman dan penyerapan khasiat.

7. Tumbuhan tunggal yang memberi manfaat kesihatan serta khasiat
yang paling menyeluruh.

Yerba Mate, kopi dan teh (teh hitam, teh hijau, dan lain-lain) dikenali sebagai "3 minuman utama dunia ". Walau bagaimanapun, hanya Yerba Mate sahaja menonjolkan diri kerana khasiat yang menyeluruh serta kesan kesihatannya!
Setakat ini, tiada satu herba tunggal, selain Yerba Mate, yang dapat perhatian yang sebegitu luas dari para saintis dan media diseluruh dunia.

Menurut analisis moden, Yerba Mate mengandungi 196 jenis komponen aktif (52 jenis lebih daripada yang terdapat dalam teh hijau China atau Jepun), termasuk 11 jenis polifenol, 3 jenis saponin, vitamin, zat galian, asid amino dan lemak.


Ringkasan khasiat Yerba Mate : -
a. Zat galian - Magnesium, kalsium, besi, natrium, serium, kalium, silikon, fosforus, sulfur, selenium, kromium.

b. Per 100g Yerba Mate mengandungi :
Vitamin A Carotene 1.170mg
Vitamin B1 Thiamine 0.215mg
Vitamin B2 Riboflavin 0.422mg
Vitamin B3 Niacin 8.180mg
Vitamin B5 Asid
Pantothenik 0.385mg
Vitamin C Asid Ascorbik 22.000mg
Vitamin E tokoferol 7.900mg
Chlorophyll 10.000mg

c. 15 asid amino
d. 11 polifenol
e. 3 saponin
Cara mengguna :

Rendam satu uncang Yerba T dalam air panas, minum selepas beberapa minit, tambah air panas seterusnya jika diperlukan.

Oleh kerana setengah khasiat tidak larut dalam air ( contoh Vitamin A, D,
E, kalsium, besi dll.), maka adalah dinasihatkan untuk meminum Yerba T bersama dengan serbuknya. (Orang Amerika Selatan anggap Yerba Mate sebagai sejenis sayur, dan Yerba Mate juga digelar sebagai "sayur Mate" oleh penduduk tempatan).
Ini merupakan satu lagi ciri di mana Yerba Mate berbeza daripada minuman lain.


rm19 je ada 30 sachet dalam tu berbaloi kan nak buat dia fuhhh 
Yerba Mate dikenali orang tempatan sebagai Emas Hijau 
Untuk menyediakan Yarba Mate secara tradisi,Yarba Mate dimasukkan dalam sebiji labu,kemudian diisi air panas,tutup,kemudian goncang secara perlahan-lahan serta di biar sebentar.Bomba atau bombilla (sejenis jerami logam yang bertapis)digunakan untuk menyedut air minuman.Di Amerika Selatan,satu keluarga 4 orang akan mengamalkan 1 kg Yerba Mate setiap minggu pada puratanya.

addicted with green tea

Assalamualaikum.. n hi... setiap hari mesti minum green tea. Mula-mula tu memang susah la sikit nak terima di tekak ni kan. Apa taknya pahit. Tapi pahit bukan rasa macam makan peria tu tau tapi macam ok la. Tapi disebabkan manfaat green tea ni awesome giler ok nak senaraikan apa ada dalam teh hijau ni :

1) Membantu mengawal tekanan darah tinggi

2) Membantu mengawal paras gula darah

3) Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4) Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5) Menurunkan aras kolesterol. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6)Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan

7)Menjaga tekanan darah 

8) Merawat batuk

9) Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit

10) Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser

11) Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)

12) Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf

13) Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia

14) Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah

15) Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya

16) Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 


ok nak lagi??

pica wat scrub letak dekat muka tau pica yang dah gunakan jangan buang isinya tau kita buang sachet tu ambil serbuk tu letak dekat muka hangpa.

1)buang sachet ambil serbuknya saja

2)letak dalam mangkuk isi air panas sikit je

3)gaulkan dan isi la dekat muka aok semu keh dah buat da




uncang teh yang dah digunakan jangan buang gunakan untuk rendam kaki pun pulak.. letak air panas tujuan dia untuk membuang toksik di kaki dan dapat melembutkan lagi kaki anda.. pastu jangan lupa isi losyen tau.. ya rabbi macam comel je macam cantik je kaki
isi air suam da serbuk teh yang telah digunakan dan rendamlah kaki anda :)


nak tau tentang khasiat yerba t ni tekan link ni https://www.facebook.com/pages/Khaisha-trove/443132502466355

Tuesday, 12 November 2013

resepi sup ala-ala piza hut mudah

Assalam...hye2 :) hari tu kakak pica balik kuantan dan abang pica pulak nak p kerja negeri sembilan jadi mama pica wish nak masak soup ala-ala pizza hut. Actually, kak faz la ajar cara mudah nak masak sup tu lepas p makan kat rumah dia balik tu terngiang-ngiang nak makan sebab Ya Allah sedap giler mama oitt...
So, sekarang apa lagi chek nak kongsi resepi mudah sup ni ha...








BAHAN-BAHAN
1) 1 tin susu cair
2) 3 sudu besar tepung gandum dan dibancuh dengan air
3) 2 kiub pati ayam
4) 1 ulas bawang putih
5) 2 sudu minyak masak

CARA MEMASAK


1) tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus

2) masukkan kiub ayam goreng sampai cair.. api diperlahankan tau takut terhanggus bawang putih kita hakak

3) masukkan cendawan butang yang dipotong nipis( ikut suka la nak potong cane pon empat segi? tiga segi? bersegi2 pun boleh)

4) masukkan 1 tin susu cair


5) masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan air tadi (terpulang la nak pekat tambah tepung dengan air lagi kalau nak cair isi air lagi)


6) kuatkan api sedikit tapi sambil tu kacau tau takut la hanggit ditengah

7) da siapppp bole makan dengan roti french ka suka hati hangpa la nak makan dengan apa.. sedap di makan begitu saja~


di makan dengan roti dan disapu garlic n butter n ofkoss green tea high impact :) for my breakfast!



Thursday, 7 November 2013

cara pakai tudung bawal tutup dada dan dagu serta aurat. peace

Assalam... tetibe dapat idea camne nak pakai tudung bawal yang tutup aurat. Actually cara pakai ni pica da lama pakai tapi tak terfikir pun nak buat tutorial. So kawan pica cakap. buat lah sharing dengan orang yang baru nak tutup aurat. hikhik. So, pica buat tutorial terus. kenapa?

1) pica nak kongsi dengan muslimah di sana jaga aurat sempurna even pica tau pica tak la sempurna sangat.
2) cara pakai pun tutup dagu, so boleh la bawak solat janji pakaian labuh.
3) tudung bawal ke akel ke? pun boleh buat janji bidang 45 or even 60 pun boleh.
4) pica nak kita sama-sama dapat pahala. :) banyaknya dosa yang kita tak sedar :'( sobs..sobs..



ni first tutorial so agak kelakar sikit.. ye dak?? lagu main ambil je dari phone.. apa-apa pun mesej nak di sampaikan cara pakai tutup aurat sempurna tu tercapai... ye dak?? peace




ok sesape yang nak tudung macam kawan pica pakai order je dari dia 
 or like





Tuesday, 5 November 2013

papai ifan n isyaf nnt kita jumpa lagi budak busuk

sobs2.. sobs.. awatnya sedih bagai hilang anak kucing.. hukhuk.. semalam... kelmarin anak sedara pica datang.. wan irfan naufal aka ifan dan wan isyraf naufal aka isyaf. uihh kangan bangat sama budak dua orang ni.. banyak betul cakap dah sekarang ni tau.

conversation 1(sambil ifan main kereta)
pica: ifan mana adik?
ifan: adik?? urmm. urmm..
pica: adik mana?
ifan: adik hilang..
pica: padahal adik tidur.

conversation 2(sambil drive)
pica: bawa kereta
ifan: ish cepat la cepat la!(suara nyaring)
pica: nak pergi mana ceat-cepat
ifan: kereta ada kat belakang
pica: eh xde pun
ifan: tepi-tepi!
pica: mana ada apa2 pun(tingginya la imiginasi budak2 sekarang)

conversation 3
pica: tata adik...
adik:tata sambil senyum..
pica: ish budak ni pandai dia ye nak balik boleh pulak cakap tatanya sambil senyum dah la tak de gigi lagi..

isyaf yang susah senyum.. tapi sekarang agah sikit da senyumm :)

ifan yang tinggi imiginasinya.. 


Sunday, 3 November 2013

shushi..

Assalam.. hai... kelip2 mata. harini kita ber feeling jejepun sikit... resipi hari ini shushiku shushimu jua.. hehe.. ramai minta resipi ni tapi pica ni asyik sibuk je sorry ye.. dekat instagram dan wechat update gambor shushi tu. ok buat yang minat shushi dan tak payah nak bayar mahal makan kat kedai kita buat sendighi dighumah hakhak. mama suka ayah suka adik suka kakak suka abang suka suami suka(opss tak kahwin lagi).

ok.. resipi nak mula dah...membebel pulak pica ni!

seaweed
1)pakai seaweed yang kering tau. Bukan yang ada perisa pedas ke apa ke?


Nasi+mayonis+gula

2)nasi yang dimasak tu kita gaul dengan mayonis dan gula tau. Kalau pakai beras jepun tu pun boleh tapi disebabkan pica nak jimat dan malas nak beli kat kedai pakai nasi biasa yang kita masak tu

3)bahan2 tambahan

semua bahan digoreng atau dibakar kalau nak healthy food

1)telur
telur dimasak dadar dan dilipat dan potong panjang2

2)crab stick
tak kira la jenama apa pun janji stick tau.

3)sosej
yang ni pica bakar je dipotong panjang-panjang

4)tuna
tuna yang dah siap kat kedai banyak

5)sayur2
pica selalu makan sayur carrot dengan timun(pakai timun jepun pon boleh timun malaysia pun boleh) yang ni digoreng pun boleh di bakar pun boleh janji lembut senang nak dimakan kalau gigi besi tak payah goreng makan mentah pun boleh. Lastly potong panjang-panjang jugak ye cik-cik sekalian
           


 4)sesi pengulungan
ok yang gulung ni kita pakai tikar tu tau. Tapi kalo tak ada tak jumpa macam pica kalau p satu kedai p satu kedai ajela nak cepat kan. Hahaha ce teka ce teka pakai apa? pakai plastik dipotong dua. So jimat aja. nak pakai tikar mama kang mama marah tikar duduk dipakainya.. Ampun2 tak pakai da sambil tarik telinga. Berdrama pulak.
ceduk nasi dalam mangkuk tadi. Pastu tepek-tepek di seaweed agak-agak ye jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Pastu kat hujung tu tinggal ruang tau

ok bahan yang dipotong panjang-panjang di letakkan di tengah-tengah di atas tu letak la mayonis berjoget-joget

owhh mr shushi you make me smile :)


Pasni nak try letak sambil ikan bilis melaka mama wat perghh terangkat itu nama dia shushi malaysia.. Agak-agak kelantan ke pahang menang? nak sokong 2 2 boleh tak? Apa-apa pun main dengan terbaik ye kedua-dua pasukan. Pica tetap menyokong bola sepak malaysia!!! yeahh malaysia bole! tetibe pulak.



Petua hilang jerawat dan parut jerawat

Assalamualaikum :) hai readers. harini pica nak kongsi petua sikit. Sebab bila jumpa orang saja mesti tanya kulit cantik pakai apa? kenapa putih kemerah-merahan ni? cantik! Petua ni memang in shaa ALLAH. sapa-sapa yang nak kulit cantik licin dan say no pada jerwat dan parut jerawat. Hang gunalah ini tau. pica ni tak suka sangat bahan kimia yang boleh rosakkan kulit dan boleh buatkan lama- kelamaan jadi mandul. Kakak pica yang nurse selalu pesan kena tengok bahan apa dalam setiap produk tu takut bahaya pada kulit kita dan banyak bahan kimia sangat dan sangat bahaya pada tubuh badan.

PENCUCI MUKA
semua tempat boleh guna tau! dari muka sampai ke kaki. janji kulit.hehehe sesiapa nak boleh 
pm pica kat fb :)

SAMPINGAN(kalau rajin macam pica)

pica isi kulit kayu manis yang dah diasah. Memang rasa pedih ya rabbi. Tetapi mujarab ye tuan puan! rasa pedih tu macam nak terlompat-lompat macam kera hilang anak tapi nak hilang rasa pedih pica selalu alihkan minda yang sakit sambil tengok cerita korea ke main candy crush ke? so kita tak akan fikir tentang sakit
beli yang serbuk kat kedai pun boleh senang.


SCRUB(kalau rajin macam pica jugak)

pica letak madu dekat muka ikut sunnah dapat pahala. pica beli madu yang gambar kat bawah ni dekat kak ija. Memang ya ALLAH jatuh cinta sebab kepekatan madu tu walaupun gred c. Madu ni memang tiada tau kat supermarket ke giant ke tetapi hanya pada kak ija dan agent dropship sahaja. Hasilnya memang superb dan terbaik.




in shaa ALLAH cuba lah.. ok bawah ni testimoni pica. selamat mencuba^^,

Alhamdulillah kurang parut jerawat.. hehehe :)
ha... bole dilike ke page ni https://www.facebook.com/pages/Khaisha-trove/443132502466355


uishh tension2..

Assalamualaikum.. lama kan tak update. tension tau line internet ni. macam seput sedut. hahaha. Apa kes ni? hurmm bukan yang tu ditensionkan pica saja la online bisnes kena GST. ohh KENAPA??? tidak kesian ke orang yang baru nak naik dalam bisnes? kesian-kesian janganlah macam tu fikirlah dulu! jangan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Hope kerajaan fikirkanlah balik.


Friday, 25 October 2013

kulit bertambah cantik dan comel

Assalamualaikum :) dah lama dah tak update blog ni. semakin hari semakin cantik. eh tak! hehe semakin hari semakin sibuk bak kata orang omputih busy. I am busy girl. Sebenarnya asyik buka facebook dan instagram dan twitter saja. Kesian blog ni kan. Ampunkan saya blog ampunkan saya. hahaha. semua tertanya apa benda la busy sangat si pica ni ha. sebenarnya pica jual produk kesihatan dan kecantikkan. Kawan-kawan pica baca ni mesti kata

patutla comel je~
eh putih bukan main~
flawlessnya kulit u dear~

itula kawan pica cakap pica tak cakap yaa...

no edit no make up and no camera 360 hanya beauty bar marine essence and air wuduk only my dear :)
dan nak tengok hasil nya...~

jangan lupa like
https://www.facebook.com/pages/Khaisha-trove/443132502466355

Thursday, 1 August 2013

berdiam diri :)

bukan saja-saja nak mendiamkan diri, bukan saja-saja nak menjauhkan diri dan bukan saja-saja nak mengasingkan diri untuk seketika. ye saya tahu, kadang-kadang lebih baik berdiam diri dari bercakap yang sia-sia yang menambahkan dosa sendiri. kadang-kadang saya nak jugak ada masa dengan ALLAH. Sudah lama, tidak duduk solat yang terlalu lama dan membaca al-quran dan membaca hadis serta mengabdikan diri kepada ALLAH daripada melayani karenah manusia. KAWAN, jangan la kata dan menfitnah saya macam-macam berkata saya sombong tidak mahu jumpa orang dan terasa saya lain. SOMETIMES, saya suka sendirian, dan memang saya macam ni.. saya rasa sedih apabila kawan tidak kenal diri saya, berkata dibelakang. 

Wednesday, 31 July 2013

terlupa?? ohh, tidak...


Assalamualaikumm... terlupa dekat belog kesayangan saya ni ye?? ehh,tidak. Masa yang Allah beri saya gunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang bermanfaat. Saya amat hargai masa saya. Macam-macam saya buat.

1) jadi cikgu ganti untuk mata pelajaran matematik tingkatan empat. Alhamdulillah menggunakan teknik khalifah, saya serba sedikit dapat mengubah corak anak murid saya dari tidak suka menghadiri kelas matematik sebelum ni, saya ubah supaya mereka suka dengan keletah pengajaran saya. Teknik khalifah ni teknik Rasulullah amat galakkan, tetapi tidak ramai umat islam tahu yang lebih banyak tahu orang barat. Teknik ni dia bukan cara kita membebel entah apa entah, point yang sikit tapi mashaALLAH membebel punya panjang. Teknik khalifah banyak mengunakan point yang sikit tapi berkesan dan boleh membuatkan sesorang berfikir secara positifnya sebagai contohnya kita melarang adik kita pergi tengok wayang. contoh untuk menasihati ''ALLAH SUKA TAK KITA KETEMPAT YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT??'' biarkan manusia itu berfikir sebentar. Jadi. ni lah cara teknik khalifah serba sedikit :)



4 etika masa ni je tetibe nak tangkap gambarnya anak murid lain tak nak pula=='
ehh!! tak jangan kecil hati anak muridku cikgu charge phone kat bilik guru.. hehehe

2) PICA tolong kawan2 membazar.. hehe sambil tu tolong buat lemang periuk kera. syoookk habis pengalaman yang berharga sebelum masuk belajar.

mai2 datang macam2 ada.. anak murid pica yang tolong beli tu..
thanks 4 bestari


ni la lemang periuk kera tu.. comel kan..
pica da reti buat da.. lemak berkrim disukai ramai..
nyum3.. makan dengan rendang nogori mama... perghh
terbaikkk!!

3) Jual kiuh raya mamaku...

semua rm 22.. orang lain jual rm 25... kami?? rm22 jep...
bulan puasa tak puasa ke sama je.. :)
berniaga kerana ALLAH taala...

4) Baca al-quran la. Bulan puasa misi mengkhatamkan al-quran... :) tinggal 3 setengah juzuk lagi. Harap sempat...

AL-QURAN penenang jiwa pengubat lara...
YA ALLAH kitabmu yang paling agung tiada kitab lain..
:)
5) Berbuka puasa dan berterawih bersama anak yatim :)
siap-siap nak terawih. dapat jugak ubat rindu dekat adik-adik ni..







Friday, 7 June 2013

manisnya cinta STEVIA

assalamualaikum... alhamdulillahh cita-cita dari sem5 kerana mengendalikan satu projek kos biologi.Fisha sebenarnya mengambil eksperimen algae tetapi kawan fisha la yang membuka mata fisha iaitu rozana, syuhada dan wani menceritakan tentang pokok stevia kepada fisha. Semakin hari semakin berjaya direalisasikan. Mungkin fisha akan ikut je langkah demi langkah yang ALLAH tentukan kepada fisha. ohh terlupa pula cita-cita yang fisha impikan ialah menukarkan gula yang membuatkan ramai manusia menghidap diabetes dekat malaysia ni dan tanam pokok stevia ni dekat setiap RAY.
.
BAHAN UTAMA STEVIA

stevioside dan rebaudioside. dan kedua-dua bahan ini mempunyai banyak kelebihan, ia bebas kalori dan memepunyai rasa manis yang tinggi berbanding dengan gula. Steviosida( glikosida) dan Rebaudioside-A telah dibuktikan oleh syarikat StebianA98 yang stevia mempunyai 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula. 

KELEBIHAN STEVIA
stevia adalah bebas kalori, tidak ada toksik, karbohidrat sifar dan memberi manfaat kepada masalah kencing manis,obesiti, tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah yang tinggi atau rendah (hypo and hyperglycemia). Ia semula jadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine.

terima kasih pada kawan2 volunteer TFTN kuantan terutamanya FATIN,AZMAN,NAIM dan FAIZ yang teman fisha mencari pokok stevia. Terima kasih juga kepada MISS ASMIDAR yang mendengar dan menyokong cita-cita fisha. teringat kenangan dalam kereta miss.. :) semoga الله balas jasa kalian dan 7 /6 /2013 dah tanam empat  tunas baru  :)

pokok yang fisha beli... hee :)
thanx fatin :) 

misi mencari stevia :)






Thursday, 30 May 2013

bitter sweet with ray permata al-insyirah in malacca part 1 n day 1

Assalamualaikum... wbt... hai pembaca :) 

Alhamdulillahh syukur kepada ALLAH swt.. ALLAH menolong kami mencapai hasrat dan impian adik2 ray insyirah untuk pergi MELAKA.. for the first time adik2 ni keluar jalan2 dari rumah dan kuantan, sedih kan?? kita yang masih berkemampuan kecil2 lagi da pergi merata2 tempat. Tapi bukan untuk adik2 ni. Kita sebagai khalifah ALLAH yang berkemampuan haruslah bantu adik2 ni. sebenarnya kami nak bawa adik2 ke melaka 22&23/6 tetapi ALLAH cepatkan kehendak mereka jadi kami pergi 26-28/5. Di rumah permata al-insyirah kami menyediakan peraturan iaitu yang pertama simbol ''peace'' untuk senyap dan fokus dan peraturan kedua apa yang fasi2,ustaz2 dan umi kata mereka mesti ikut. Kami bertolak pukul 12.20pagi dan sampai pukul 4.55 pagi di masjid al-azim Melaka. Selepas bersihkan diri dan solat kami pergi ke muzium dan kota A. famosa.
adik2 diberi buku untuk mencatat disekitar melaka nanti :)


adik2 diberi kumpulan.. ni kumpulan 3
selepas diberi kumpulan, dan jam menunjukkan pukul 8.30 pagi dan muzium2 berbayar tidak buka lagi kaki kami pun melangkah ke bangunan merah dan kota A.Famosa.

bergambar didepan tugu victoria regina :)



Setelah berasa puas melihat bangunan2 merah disekitar bandar hilir ini. Kami pun melangkah ke muzium pengangkutan Melaka. Kami mengambil masa 5 minit untuk pergi ke muzium pengangkutan Melaka disitu terdapat kereta api, kapal terbang dan pengangkutan penerbangan awam Malaysia barat.
tengoklah tu tak lekang senyuman dimuka adik2 n fasi2

anis: kakak mira jangan pergi tunggu adik..wuwuwu
kakak mira: adik ni kakak nak bagi buku jela.. :P
kumpulan 1, 2, dan 3 :) weee~ comel2 kan??


ok.. da penat dekat muzium pengangkutan melaka, kami pergi ke kota santiago hanya mengambil masa 5minit juga. Adik2 macam ada tenaga luar biasa yang tidak pernah kenal erti letih tapi mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Pada waktu ini mungkin di catatan buku adik2 mempunyai 20 nama tempat dan benda2 disekelilingnya sampaikan ''tong sampah'' pun dicatatnya. Perkara kecil inilah membuatkan tak kering gusi melihat keletah adik2. MashaALLAH!! :)

adik2: mari kita tembak musuh kita..
kak amaani: jangan tembak akak ==’

mari kita tembak camerawoman kita dengan senyuman :)

kak ija peace sikit dalam kota santiago

ok2 ambil gambar dulu sebelum ke makam belanda. Tinggi tau  tangga tu nanti :)
tengoklah mashaALLAH punya la tinggi tangga tu... adik2 da mengeluh penat tapi fasi2 dapat tenangkan adik2 :)

adik2 dah mengeluh penat. adik yang fisha jaga iaitu amira dan fazlin pun dah mengeluh dan mencari air untuk diminum alhamdulillah sebelum ke makam belanda ada pakcik yang menjual air memberi harga murah kerana pakcik ni juga inginkan saham diakhirat.. semoga ALLAH saja yang menbalas hati baik pakcik :)


abg chik: ok rehat di sini ye adik2 :)

akak ada: adik2 boleh mencatat apa2 yang berada disini tapi jangan  tulis ayat2 yang pelik2 tu =='

di penjara bawah tanah
adik fatihah: tunggu jangan baling duit dalam penjara tu..


adik2 dah mengadu nak naik manara taming sari tapi masa itu jam menunjukkan baru 9.15 pagi. Menara taming sari buka pukul 9.30 pagi, Kak ija memberi cadangan kita pergi ke muzium dunia melayu dunia islam kerana tidak ingin membuang masa 15 minit begitu sahaja. Pada waktu ini adik2 sudah mencatat 50 nama tempat, dengan menggunakan teknik khalifah fisha kata kepada adik amira ''wahh adik amira, ALLAH suka bila adik menulis" terus senyuman diberikan kepada fisha. 


kenapa pulak dah kakak fisha ni?? letih sampai duduk kat tiang kubur je ok kuburnya tiada... hehehe

adik nora dan fatin : kak fisha cepat ambil gambar kami.. :)

faiz: iyahh beratnya la benda ni.. mandi peluh aku...

faiz dan azman: adik2 dan fasi2 ini adalah menara apa?? ok sila catat ye...
kak ija kata kepada kami ''ok dah jam pukul 10 pagi jom kita pergi ke menara taming sari kalau tidak beratur panjang la jawabnya''. Adik2 dah mula gembira apabila kita mahu ke sana. 

didepan menara taming sari.. weee~

kesiannya adik balqis.. sampai tertidur menunggu...

pandangan dari atas menara taming sari


ok ni la laut selat yang pedagang2 dulu datang singgah sementara tunggu angin monsun hilang

adik noraini: gayat la abg chik..
kak fisha: ok jom kita bergambar


ok2 jom buat peace sikit :)

semasa menghilangkan lelah dan dahaga di taming sari, kami ditimpa 1 tragedi iaitu adik anis tiba2 berdarah hidungnya abang naim selaku fasi yang menjaga anis berasa risau tetapi alhamdulillah dengan teknik yang betul abang naim, darah dari hidung adik anis berhenti dan kami meneruskan destinasi seterusnya ke muzium melayu dan muzium dunia islam balik semula kerana adik2 ingin menaiki beca dan pameran  iron man,star wars dan watak2 kartun hollywood lain.
adik nora bersama kad huruf k
lukisan sebenar daripada hollywood

adik2 dan fasi2 bersama transformers

abang faiz: ok ni komik apa ni dik??

kak fisha buat apa  dekat patung joker tu??
abang faiz: adik hati2 tau abang beca ni bawak laju :P
selepas makan tengahari dan menghilangkan penat di depan muzium kartun hollywood, kami teruskan destinasi ke Malacca River Cruise. Adik paling teruja sekali melihat sekitar sungai melaka, pemandangan yang tidak ada di kuantan begitu mengujakan kami semua mana tidaknya kami dapat lihat biawak yang besar.
subhanaALLAH cantiknya pemandangan di sini...

amira dan anis :)


kreatif kan orang melaka?? bangunan yang terbiar dilukis :)



selepas ke Malacca River Cruise kami ke muzium kastam untuk melihat barang2 yang dirampas oleh kastam dan barang lama yang dimiliki oleh pihak kastam untuk ke sana kami mengambil masa 3 minit sahaja cepat bukan?? masa ni pun bateri dan tenaga tuan kamera pun da sikit nak ambil gambar. Maaf ya sikit je.. :)
dacing zaman dahulu untuk berjual beli

jam untuk solat digunakan dalam kapal kastam
Selepas ke muzium kastam kami bergerak ke masjid selat untuk solat jamak takhir disana dan akan ke muzium kapal selam selepas solat. Selepas sahaja solat dan ingin meneruskan perjalanan seterusnya ke muzium kapal selam, kami ditimpa musibah apabila bas yang kami naiki tiba2 rosak dan tidak boleh meneruskan perjalanan. 2 jam kami tunggu di dalam bas, masa ni nasib baik ALLAH semaikan sifat sabar dalam diri adik2 untuk terus menunggu. Kami semua berfikiran positif mungkin ada hikmah ALLAH timpakan musibah ini kepada kami semua.

kesabaran adik tinggi dengan menidurkan diri~hehee

pukul 6.30 dari pukul 4.45ptg barulah orang datang baiki bas..alhamdulillah syukur..
kami pun meneruskan perjalanan kami mibc@ dima restaurant kerana kami disponser untuk makan nasi arab disitu. Syukur alhamdulillah.. tetapi semasa dalam perjalanan ke sana kami diuji lagi dengan satu ujian iaitu bas yang kami naiki terlanggar pintu kereta honda civic mewah. Tetapi alhamdulillah bukannya salah pemandu bas kami kerana pemandu kereta honda salah park keretanya dan akan ganti apa yang patut dan melindungi semua insurance nasib baik la dia adalah pemilik kedai insurance. say ALHAMDULILLAH again~

cerminnya bersepai ditepi2 jalan...
sekarang tutup kes kereta yang dilanggar oleh bas. Kisah seterusnya adalah kami meneruskan perjalan ke restaurant Dima yang terletak di melaka international bowling centre. Alhamdulillah pemilik restaurant sponser kami semua makan nasi arab disitu kami dilayan bagai vip. semoga ALLAH melipat gandakan pahala pemilik restaurant ni.. in shaa ALLAH.. :)


terliur tak?? ayam dia yang lembut membuatkan adik intan minta disuapkan banyak kali..

tunjuk best sikit:) memang best pun kan2?
Selepas makan di restaurant Dima kami menginap dihomestay yang jauhnya hanya 10minit dari MIBC. Pertanyaan adik2 yang tanya ''mana kita nak tidur ni kak?'' akhirnya terjawab sekitar jam 10 malam kami sampai di homestay. Pada mulanya saya diingatkan oleh azman suapaya buat ''bed time story'' dekat adik2 tetapi akhirnya saya melihat adik2 sudah kepenatan hanya amani pergi ke satu bilik menceritakan kisah solat tahajud. ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH yang memberi kenangan indah yang tiada dimana-mana tempat. Maaflah ya kalau ada kekurangan dari fisha. Fisha suka dengan kata2 dari buku jangan bersedih dari Dr.'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni ''hapuslah air mata anak yatim agar anda meraih redha tuhan yang maha pemurah dan menepati syurgaNYA..'' in shaa ALLAH.. may ALLAH bless us... :) sambungan cerita hari kedua nanti la ya... tunggu~